Bangi, 9 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Stage 2 ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti yang berlangsung di ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Audit Stage 2 ISO 9001:2015 ini dijadualkan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 9 hingga 10 April 2026, melibatkan semakan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan.
Audit ini dikendalikan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Puan Nur Hana Roshida binti Hairudin selaku Ketua Juruaudit, bersama Puan Kamsiah binti Mansoor sebagai juruaudit.
Pihak audit turut dibawa mengunjungi ILIM Centre of Excellence (I.C.E) bagi meninjau dengan lebih dekat maklumat serta inisiatif strategik berkaitan ILIM.
Pelaksanaan audit ini merupakan langkah penting dalam usaha ILIM memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan kualiti pengurusan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.



