Besut, 5 April 2026. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah berjaya melaksanakan Seminar Pemberdayaan Modal Insan Madani Zon Timur Dan Pelancaran Galeri Falcom-T & Jam Matahari IKB yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah menarik kehadiran seramai 290 orang peserta daripada pelbagai latar belakang.
Seminar dimulakan dengan dua slot ceramah yang penuh bermanfaat. Slot pertama telah disampaikan oleh Hj Fadzli Yusof AlBasuti yang merupakan Pengarah Urusan Global Genius Consultant Sdn Bhd dan Presiden TAMRIN (Trainer Motivator Islam Nasional) dengan tajuk ceramah “Memimpin Diri, Menggerak Potensi”, yang menekankan kepentingan kepimpinan kendiri dalam pembangunan modal insan. Seterusnya, slot kedua disampaikan oleh Pn. Nor Safina Binti Zainal yang juga merupakan Pengarah Kanan ILIM, dengan tajuk ceramah “Pemberdayaan Modal Insan Melalui Alam” serta membuat perkongsian yang memberi inspirasi dan panduan kepada para peserta.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kehadiran beliau menyerikan lagi program serta menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa modal insan berteraskan nilai Madani.
Program ini turut mencatat sejarah yang cukup bermakna apabila YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM telah melancarkan Galeri FALCOM-T dan Jam Matahari IKB. Inisiatif ini dijangka menjadi pusat rujukan utama dalam bidang pengajian ilmu falak di Zon Timur, sekaligus memperkukuh usaha pemeliharaan dan penyebaran ilmu berkaitan falak kepada masyarakat.
Secara keseluruhannya, penganjuran seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada para peserta. Diharapkan program seumpama







