Bangi, 2 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Islam (Money Mindset) yang berlangsung selama tiga hari bermula 31 Mac hingga 2 April 2026 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Aras G, Blok Akademik A.
Kursus ini telah disertai seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep perancangan kewangan patuh Syariah di samping meningkatkan pengetahuan tentang bentuk perancangan kewangan dalam Islam.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada aspek kefahaman berkaitan potensi pengurusan kewangan Islam sebagai satu pendekatan yang menyeluruh dalam mengurus kewangan secara berhemah dan berkat.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai input berkaitan pengurusan kewangan Islam yang praktikal serta relevan dengan situasi semasa. Program ini diharapkan dapat melahirkan individu yang lebih celik kewangan serta mampu mengurus kewangan peribadi secara lebih sistematik dan berlandaskan prinsip Syariah.



