Bangi, 13 Mac — Warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dijemput memeriahkan Majlis Iftar Jamaie ILIM 2026/1447 pada Jumaat, 23 Ramadan 1447H, bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam di Surau Salahuddin Al-Ayyubi, ILIM Kampus Utama Bangi.
Majlis ini menjadi medan mempererat ukhuwah serta menyemarakkan keberkatan Ramadan melalui kebersamaan warga ILIM dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.
Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal turut hadir menyempurnakan Majlis Santunan Ramadan bersama anak-anak warga ILIM sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang terhadap keluarga besar ILIM.
