Bangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Bahasa Dakwah : Seoul dan Salam bermula 10 hingga 12 Februari 2026 bagi memberi pendedahan asas bahasa serta kefahaman budaya Korea kepada peserta, sejajar dengan keperluan komunikasi silang budaya dan perkembangan hubungan profesional antarabangsa.
Kursus ini dihadiri seramai 31 peserta, termasuk wakil daripada JAIN, MAIN dan kementerian. Slot kursus dikendalikan oleh Puan Nurul Syafiqah Hasbullah dengan pendekatan secara interaktif dan berfokus termasuk ceramah konsep asas bahasa dan budaya, latihan sebutan serta pembinaan ayat berpandu.
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh bermula daripada kepentingan bahasa Korea, trend global, soft power Korea, asas huruf Hangul, struktur ayat, partikel asas, perkataan dan dialog harian sehingga kepada etika, hierarki sosial dan adab komunikasi masyarakat Korea.
Kursus ini diharap memberikan panduan asas untuk bertutur bahasa Korea dan memahami budaya Korea serta menggunakan penguasaan bahasa sebagai nilai tambah dalam kerjaya dan pembangunan diri.



