WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, Selangor – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Pengaplikasian Maqasid Syar’iyyah Dalam Reformasi Sosial bermula 10 hingga 12 Februari 2026 sebagai inisiatif memperkukuh kefahaman dan amalan rawatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dalam kalangan penjawat awam serta pengamal bidang berkaitan.
 
Kursus ini dihadiri seramai 28 peserta, termasuk wakil daripada JAIN, MAIN, kementerian dan KAGAT. Kursus bertujuan untuk memantapkan pengetahuan, etika, dan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan Maqasid Syariah dalam pengurusan serta pelaksanaan reformasi sosial yang efektif.
Pendekatan kursus merangkumi ceramah bagi penguasaan konsep Maqasid Syariah, diskusi interaktif untuk merangsang pemikiran kritis, latihan dalam kumpulan bagi pengukuhan kemahiran aplikasi serta refleksi diri bagi pembentukan sikap dan tanggungjawab sosial peserta
 
Slot utama bermula dengan pengenalan konsep dan prinsip Maqasid Syariah sebagai asas kesejahteraan sosial, diikuti analisis isu sosial semasa menggunakan pendekatan Maqasid, perbincangan strategi reformasi sosial berasaskan dasar dan program serta penekanan terhadap pembentukan sikap dan etika kepimpinan berteraskan integriti, keadilan dan empati yang dikendalikan oleh barisan penceramah iaitu Ustaz Marwan Bukhari A. Hamid, Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib, Dr Zulkifli bin Abdul Rahman, Dr Rosli Mokhtar dan Dr Ahmad Zahiruddin Zabidi.
 
Kursus ini diharapkan menjadi pemangkin perubahan minda dan tindakan peserta agar Maqasid Syariah bukan sekadar difahami, tetapi diterjemahkan secara nyata dalam setiap keputusan, dasar dan usaha reformasi sosial yang berterusan.