WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 Feb – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Smart Learning Qira'at Sab'ah Al-Quran kepada peserta yang terdiri daripada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 45 orang peserta.
 
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 10 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Bilik Abdul Qadir Al-Jailani, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.
 
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dan Dr. Anuar bin Hasin yang mana merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras ILIM mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
 
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai ilmu al-Quran khususnya dalam bidang Qiraat dan meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran peserta dari aspek kaedah bacaan Imam Qiraat tujuh (7) seterusnya membina kemahiran peserta dalam mengaplikasikan bacaan secara Qiraat dalam al-Quran.
 
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/