Bangi, 12 FEBRUARI - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Juru Audit Halal 2026 pada 10 hingga 12 Februari 20256 di Bilik Al Bukhari , Blok Akademik B-2, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh 39 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai yang melaksanakan pengurusan halal di JAKIM/JAIN/MAIN, Pegawai Syariah dan Pegawai Pemakanan.
Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan pegawai dalam menguruskan dan mengendalikan urusan berkaitan pengauditan halal yang berkompeten dan beretika dalam melaksanakan tugas. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Samir bin Sulaiman ,Puan Nurul Akmalliza binti Kamarulzaman ,Puan Nur Ardzlina binti Mahmod , Puan Rosa Adrianne binti Anuar dan Puan Siti Syazana binti Hasni dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM,. Perkara-perkara yang diberi penekanan antaranya ialah berkaitan kefahaman Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) (Domestik) 2020 dan prosedur-prosedur lain yang perlu dipatuhi sebagai juru audit.
Harapan ILIM agar kursus yang dijalankan memberi pengetahuan dan meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan halal.



