WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 Februari 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Cawangan Dasar Latihan telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (TOT) Juruaudit Standard Kualiti Pengurusan ILIM yang berlangsung pada 11 hingga 12 Februari 2026. Bengkel ini dianjurkan bagi memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kompetensi juruaudit dalam melaksanakan audit mengikut keperluan standard yang ditetapkan.
 
Sepanjang bengkel, peserta telah didedahkan dengan pengenalan peranan dan tanggungjawab juruaudit serta pemahaman berkaitan asas dan keperluan Standard Kualiti Pengurusan ILIM. Di samping itu, bengkel turut memberi penekanan kepada teknik audit yang berkesan sebagai persediaan kepada pelaksanaan audit secara lebih sistematik dan profesional.
 
Bengkel ini turut merangkumi sesi latihan praktikal melalui simulasi audit bagi memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar. Peserta juga diberikan pendedahan berkaitan kaedah merekod penemuan audit serta penulisan laporan audit yang jelas, lengkap dan berstruktur.
 
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan pelaksanaan bengkel ini dapat menyokong pengukuhan budaya kualiti serta memastikan pematuhan berterusan terhadap Standard Kualiti Pengurusan di ILIM.