WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Jelebu, 11 Januari 2026 – Selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) sebagai satu-satunya institusi latihan Islam yang diletakkan sebagai Institut Latihan Awam (ILA) komited dalam melaksanakan kedua-dua dasar tersebut menerusi pembangunan serta pelaksanaan program-program latihan yang berteraskan nilai-nilai sejagat Islam.
 
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu bengkel membincangkan inisiatif baharu pendekatan latihan berasaskan kelestarian alam telah diadakan di ILIM Kampus Jelebu bermula 9 hingga 11 Januari 2026. Bengkel ini menghimpunkan pegawai dan tenaga pengajar ILIM bagi merangka pendekatan latihan yang lebih holistik, dinamik dan selari dengan keperluan semasa.
 
Penganjuran bengkel ini diharap dapat menjadi platform percambahan idea serta perkongsian pandangan strategik dalam memperkukuh pembangunan modul latihan ILIM. Input perbincangan serta garapan idea-idea baharu yang diperoleh diyakini mampu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membina kekuatan dalaman (inner strength) program-program latihan ILIM, seterusnya melahirkan penjawat awam yang berintegriti, berdaya tahan dan berteraskan nilai Islam.