WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

ILIM Bangi, 5 Februari 2025. Kursus Smart Integriti yang dilaksanakan bermula 4 hingga 5 Februari 2025 melabuhkan tirainya. Seramai 36 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Para peserta adalah dikalangan pegawai Tekun Nasional dan Bernas.

Seramai 6 orang Fasilitator dikalangan pegawai ILIM telah diamanahkan bagi mengendalikan kursus ini.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan nilai-nilai integriti sebagai tonggak maruah diri dan organisasi serta memperkukuh kerjasama dalam membentuk organisasi yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai integriti.