WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 5 Februari 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI): Digitalisasi Perkhidmatan dan Tadbir Urus Siri 1/2026 pada 4 hingga 5 Februari 2026. Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh keupayaan warga ILIM dalam memahami serta mengadaptasi teknologi AI sebagai pemacu reformasi perkhidmatan.

Kursus ini telah dikendalikan oleh konsultan daripada SalamPro Group Sdn. Bhd. dengan pengisian merangkumi pengenalan AI, pengurusan data pintar, analisis dan pelaporan serta penjanaan idea berasaskan visualisasi data. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan aplikasi AI seperti ChatGPT, Gemini, Gamma, Notebook LM dan Napkin bagi menyokong tugasan analitikal serta penyediaan dokumen secara lebih cekap.

Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada penghasilan kandungan digital melalui penggunaan AI, melibatkan asas penyediaan skrip, penjanaan video serta integrasi multimedia. Antara aplikasi yang diketengahkan ialah Image Fx,Nano Banana, Suno dan CapCut sebagai platform sokongan bagi pembangunan bahan kreatif dan komunikasi digital.

Secara keseluruhan, kursus ini berjaya meningkatkan kefahaman dan kompetensi peserta dalam penggunaan AI serta menyokong usaha ILIM memperkasa tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang lebih kreatif, inovatif dan berimpak.