Bangi, 4 Februari 2026 - Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur melalui Cawangan Khutbah dan Latihan telah mengadakan kunjung hormat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 4 Februari 2026.
Kunjung hormat yang berlangsung pada jam 10.00 pagi itu bertujuan mendapatkan pendedahan serta perkongsian maklumat berkaitan pengurusan latihan dan pelaksanaan program pembangunan kompetensi yang dilaksanakan di ILIM.
Sesi kunjungan ini dipengerusikan oleh Puan Norhayati binti Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM mewakili Pengarah Kanan ILIM dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan ILIM.
Delegasi dari JAWI pula diketuai oleh Dr. Mursilalaili binti Mustapa Sa’di, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI bersama barisan pengurusan dari Bahagian Pengurusan Masjid.
Kunjung hormat ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak khususnya dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi dan pemerkasaan institusi masjid.



