Bangi - 26 Januari 2026, Mesyuarat Pengurusan Sektor Operasi Bil. 1/2026, yang dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail telah membincangkan pelbagai perkara strategik selari dengan fungsi-fungsi Bahagian ke arah pemerkasaan dan kemajuan berterusan Sektor Operasi JAKIM. Turut dibentangkan laporan prestasi Sektor Operasi sepanjang tahun 2025 di mana sebanyak 3,767 program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan 2,931,310 peserta merangkumi pelbagai peringkat masyarakat, penjawat awam dan pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, juga sasaran peserta dari luar negara. Pelaksanaan program-program ini adalah selari dengan aspirasi yang digariskan dalam agenda negara Malaysia MADANI.
Pelaksanaan program-program yang merangkumi bidang dakwah, pembangunan modal insan, pendidikan Islam, sosial dan komuniti, penyiaran, penerbitan serta institusi pendidikan Islam, menunjukkan peranan penting yang dibawa oleh bahagian-bahagian di bawah Sektor Operasi dalam memperkukuhkan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia.


