WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Bengkel Kompetensi Penyuntingan Video dan Pengurusan Studio Al-Haitham pada 14 Januari 2026 bersamaan 24 Rejab 1447H bertempat di ILIM Kampus Utama, Bangi.
 
Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada staf ILIM, dengan pengisian merangkumi tiga slot latihan berbentuk praktikal bagi meningkatkan kemahiran penerbitan kandungan digital.
 
Dua slot pertama bengkel telah disampaikan oleh Encik Faris Fahmi, yang memfokuskan kepada penyuntingan video menggunakan aplikasi Canva, merangkumi teknik asas suntingan, pengurusan visual, serta penghasilan video ringkas yang kemas dan berimpak.
 
Manakala slot ketiga pula dikendalikan oleh Encik Akasyah, yang memberi pendedahan berkaitan reka bentuk poster menggunakan Canva bagi tujuan hebahan, promosi dan komunikasi organisasi.
 
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan memperkukuh keupayaan staf ILIM dalam mengurus dan memanfaatkan Studio Al-Haitham sebagai platform sokongan latihan serta penerbitan kandungan dakwah dan pendidikan yang lebih kreatif dan efektif.
 
Diharapkan bengkel ini dapat memberi nilai tambah kepada peserta serta menyokong usaha ILIM dalam memperkasa kompetensi digital selari dengan keperluan semasa.