BANGI, 22 Disember 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Mesyuarat Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) JAKIM 2025 pada pada 22 Disember 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Uthman, Aras 2, Blok Pentadbiran.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Norhayati Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, ILIM. Sementara itu, Pasukan Audit bagi pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi JAKIM 2025 telah diketuai oleh Puan Norhalina binti Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAKIM bersama pegawai Kanan JAKIM.
Mesyuarat ini diadakan bagi menilai kesesuaian dan keberkesanan struktur perjawatan serta organisasi JAKIM selaras dengan fungsi dan peranan semasa, mengenal pasti isu, jurang dan cabaran berkaitan perjawatan, agihan tugas serta beban kerja, memastikan pematuhan kepada dasar dan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa, serta merangka cadangan penambahbaikan berfokus bagi memperkukuh tadbir urus organisasi dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dalam memperkukuh sistem pengurusan sumber manusia, meningkatkan kecekapan organisasi serta memastikan struktur perjawatan yang lebih mampan dan responsif terhadap keperluan semasa.



