Bangi, 3 Disember 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Seksyen Pengantarabangsaan, Cawangan Dasar Latihan hari ini telah menganjurkan sesi International Knowledge Exchange: Behavioural Science in Public Policy & Administration, menampilkan penceramah jemputan iaitu Dr. Imran Alvi, Ketua Eksekutif Oxford Intellect.
Sesi ini memberikan pendedahan penting kepada peserta mengenai bagaimana nudging, behavioural insights dan penggunaan EAST Framework (Easy, Attractive, Social, Timely) mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar, perkhidmatan serta keputusan organisasi tanpa memerlukan paksaan atau peruntukan besar.
Dr. Alvi turut berkongsi contoh-contoh intervensi dunia sebenar yang berjaya mengubah tingkah laku masyarakat melalui strategi yang mudah, tepat masa, dan berasaskan psikologi manusia — sekaligus membuka ruang kepada pelaksanaan yang lebih inovatif dalam sektor Hal Ehwal Islam di Malaysia.
Majlis turut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Ustazah Norhayati binti Jaffri, Ketua Penolong Pengarag Kanan ILIM, sebagai tanda penghargaan atas perkongsian bernilai tinggi daripada beliau.
Penganjuran ini sekali lagi memperkukuh komitmen ILIM untuk membawa wacana antarabangsa, amalan terbaik global serta ilmu baharu ke dalam pembangunan modal insan Hal Ehwal Islam, selaras aspirasi Malaysia MADANI dan agenda Transformasi al-Falah.




