WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Permatang Pauh, 29 November 2025 — Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) turut serta memeriahkan Karnival Al-Falah Madani 2025 yang berlangsung di Masjid Mengkuang Titi, Permatang Pauh, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama dan menyantuni masyarakat melalui program pendidikan dan pempameran interaktif.
Booth ILIM menampilkan pelbagai maklumat mengenai program latihan, kursus profesional, modul pembangunan kompetensi dan peluang peningkatan pengetahuan dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, antaranya:
• Misi 292°
• CosmoSpot
• Gamifikasi
• ILIM AI Lab
• Wheel of Knowledge
• Muazzin Bimbastik
• Serambi Naskhah
• Hunting The Shadow
Selain aktiviti tersebut, ILIM turut menyediakan sesi semakan bacaan azan dan khidmat konsultasi ringkas berkaitan program latihan.
Penyertaan ILIM dalam karnival ini sekali lagi menegaskan komitmennya sebagai Peneraju Pembelajaran dalam Bidang Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia, seiring usaha memperkasa komuniti dan membangunkan masyarakat madani melalui pendidikan dan penyampaian ilmu.