WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
28 November 2025 | Balik Pulau, Pulau Pinang - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik antara dua institusi latihan Islam di Malaysia.
Lawatan ini berlangsung di kampus ILIPP dan disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato’ Marzuki bin Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan pengurusan ILIPP.
Delegasi ILIM pula diketuai oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM, bersama pegawai-pegawai kanan ILIM.
Hadir sama YBrs. Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah Al-Hady Centre dan YBrs. Ustaz Tuan Ismail bin Tuan Abdullah, Pegawai Tadbir Agama Daerah Barat Daya.
Kunjungan ini bertujuan memperluas jaringan kolaborasi dalam pembangunan latihan hal ehwal Islam.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai inovasi dalam latihan dan pendekatan baharu dalam meningkatkan kualiti latihan.
Delegasi ILIM turut dibawa melawat beberapa fasiliti utama ILIPP termasuk Pusat Pengajian Latihan Dakwah, makmal pembelajaran interaktif dan kemudahan asrama peserta.
Pihak ILIM menzahirkan penghargaan atas sambutan dan komitmen yang diberikan oleh ILIPP sepanjang kunjungan hormat ini berlangsung.