WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 13 November – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Pemahaman Hadith Dalam Pembangunan Dasar Pentadbiran Negara kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 52 orang peserta.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 11 hingga 13 November 2025 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi, Selangor.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang hadith iaitu YBrs. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan YBrs. Dr. Zulhilmi bin Mohamed Nor, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi kefahaman tentang cara asas memahami hadith dengan betul disamping membina kemahiran mengaplikasikan ilmu hadith serta kepentingannya dalam konteks pembangunan dasar pentadbiran negara.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/