BANGI, 9 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan al Azhar International Academy, Mesir akan menganjurkan Kursus Imam, Pendakwah dan Penyelidik di Mesir yang akan berlangsung pada 11 Disember 2025 hingga 10 Februari 2026. Seramai Sembilan (9) orang peserta yang telah hadir secara bersemuka terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
ILIM melalui Cawangan Dasar Latihan (CDL) telah melaksanakan Kursus Persediaan Bahasa Arab pada 8 -9 Oktober 2025 yang mana objektif kursus ini ialah :
1.Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan persediaan akademik dan kehidupan semasa di Mesir.
2.Memantapkan kemahiran berbahasa Arab sebagai persediaan mengikuti pengajian di institusi pengajian Mesir.
3.Memberi pendedahan awal tentang budaya, adat resam dan cara hidup masyarakat Mesir.
4.Menyediakan ruang perkongsian pengalaman daripada alumni atau individu yang pernah menuntut di Mesir bagi memantapkan kefahaman peserta.
Antara pengisian kursus ini ialah sesi perkongsian pengalaman oleh peserta yang pernah menghadiri kursus ini serta penjelasan mengenai pengurusan perjalanan dan pergerakan peserta ketika di Mesir yang dijalankan selama 2 bulan bermula 11 Disember 2025 hingga 10 Februari 2026.
Sesi Pendedahan Penggunaan Bahasa Arab Harian di Mesir telah disampaikan oleh Encik Mohamed Kamal Abdel Rahman Abdalla.
Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta yang akan berkursus dan membantu menyesuaikan diri mereka untuk bermuamalah dengan masyarakat setempat ketika berada di Mesir.


