WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 9 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) terus komited memperkukuh tahap kesiapsiagaan kecemasan dengan menganjurkan Kursus Kompetensi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) ILIM pada 8 hingga 9 Oktober 2025.
 
Kursus selama dua hari ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil bagi mempertingkat kefahaman dan kemahiran pasukan ERT ILIM dalam menangani kecemasan di tempat kerja. Peserta turut diberi pendedahan terhadap aspek Akta dan Kimia Kebakaran, Perlindungan Kebakaran Aktif dan Pasif, serta Peranan ERT dalam situasi kecemasan.
 
Selain sesi teori, peserta turut menjalani latihan simulasi kebakaran (Fire Drill), penggunaan alat pemadam api, dan bentangan hose di bawah bimbingan pegawai bomba berpengalaman. Aktiviti ini memberi pengalaman sebenar kepada peserta dalam melaksanakan prosedur keselamatan dengan lebih yakin dan berkesan.
 
Melalui penganjuran ini, ILIM berharap tahap kecekapan dan kesedaran keselamatan warga kerja dapat terus dipertingkat sekali gus memastikan persekitaran kampus yang selamat, responsif dan bersedia menghadapi sebarang kecemasan.