Bangi, 09 Oktober - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Analisis Pensijilan Halal Malaysia bermula pada 7 hingga 9 Oktober 2025 di Auditorium As Syafie Aras 1 , Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam , JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , dan lPTA.
Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai analisis makmal yang berkaitan dengan pensijilan halal Malaysia, garis panduan penghantaran sample bagi tujuan analisis halal dan juga berkaitan teknologi dan inovasi baru berkaitan analisis halal.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Samir bin Sulaiman dan Dr. Kamarulzaman bin Mustafa dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Prof.Madya ChM Dr. Mohd Sukri Hassan dari Universiti Sains Islam Malaysia, Puan Syukriah binti Mohd Saad, Puan Norazlina binti Ali dan Puan Wan Noraida binti Ali dari MyHAC JAKIM, Ts.Dr.Mohd Hafis Yuswan bin Mohd Yusoff dari Universiti Putra Malaysia dan Tuan Azmil bin Aspara dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup.
Antara perkara-perkara yang telah diberi penekanan ialah Pengenalan pensijilan halal Malaysia, Fiqh makmal, Forensik halal, Pengenalan ISO 17025:2017, Garis panduan penghantaran sample dan interpretasi data analisis makmal, Kepentingan analisis makmal dalam pensijilan halal Malaysia,Teknologi dan inovasi baru analisis halal dan Penguatkuasaan halal:kesediaan ke mahkamah.
Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai prinsip Syariah dalam pensijilan farmaseutikal halal di Malaysia.


