WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Kota Kinabalu, 8 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Digital Transformation in Islamic Affairs Strategic Management: From Strategy to Execution Siri 2/2025 pada 6 hingga 8 Oktober 2025 bertempat di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan transformasi digital dalam pengurusan organisasi Islam, khususnya dari aspek kesediaan kepimpinan masa hadapan dalam mendepani cabaran perkembangan teknologi semasa.
 
Antara topik utama yang dibincangkan sepanjang kursus termasuk:
  •  The New World Order: Challenges and Realities
  •  History and Impact of Digital Disruption
  •  The Impact of Digital Disruption
  •  Digital Leadership: Focus and Challenges
Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih dari Malaysian Institute of Management (MIM), iaitu Encik Neela Mehan, seorang fasilitator berpengalaman luas dalam bidang latihan dan konsultasi kepimpinan digital. Penyampaian kursus berlangsung secara interaktif melalui sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman antara fasilitator dan peserta.
 
Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAKIM gred 12 hingga gred 14 telah mengikuti kursus ini.
 
Diharapkan penganjuran kursus ini bukan sahaja memperkukuh ilmu pengetahuan peserta, malah memberi inspirasi untuk melahirkan barisan pemimpin organisasi Islam yang bersedia menghadapi realiti dunia teknologi yang kian mencabar.