WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Langkawi, 1 Oktober 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Digital Transformation In Islamic Affairs Strategic Management:From Strategy to Execution pada 29 September hingga 1 Oktober 2025 bertempat di Hotel Adya Kuah, Langkawi.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan transformasi digital dalam pengurusan organisasi Islam dari sudut kesediaan kepimpinan masa hadapan dalam menghadapi cabaran perkembangan teknologi pada masa kini.
 
Antara topik utama yang dibincangkan sepanjang kursus termasuk:
  • The New World Order Challenges and Realities
  • History and impact of digital disruption
  • The Impact of Digital Disruption
  • Digital Leadership Focus and Challenges
Kursus ini dikendalikan oleh trainer daripada Malaysian Institute of Management (MIM) iaitu Encik Neela Mehan, jurulatih dan fasilitator yang berpengalaman luas dalam latihan dan konsultasi kepimpinan digital. Penyampaian sepanjang kursus sangat aktif melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman antara trainer dan peserta.
 
Seramai 28 orang peserta telah mengikuti kursus ini terdiri daripada pegawai JAKIM gred 12 hingga gred 14.
 
Diharapkan penganjuran kursus ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah menjadi inspirasi kepada semua peserta yang akan menjadi pemimpin masa hadapan organisasi Islam yang bersedia menghadapi realiti dunia teknologi yang semakin mencabar.