WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
 
Tuaran, 24 Ogos 2025 – Program Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Kundasang telah menganjurkan Seminar Inspirasi OKU dengan tema Mesej ‘Abasa Mengangkat Martabat OKU yang diadakan di Dewan Pusat Latihan RELA Tuaran, Sabah.
 
Objektif utama seminar ini adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap cabaran dan keperluan OKU Muslim serta meningkatkan kerjasama bagi penyelesaian dan polisi sokongan OKU oleh pihak kerajaan, swasta dan komuniti setempat.
 
Seminar separuh hari ini telah dihadiri oleh 98 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi di negeri Sabah. Antara jabatan dan agensi yang terlibat adalah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Sabah Deaf Muslim Association dan juga pelajar-pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kent, Tuaran.
 
Tiga orang penceramah telah dijemput khas bagi menyampaikan mesej yang sangat menarik kepada peserta iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mahyuddin bin Hashim, Felo Kanan UMMI Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Adik Muhammad Iman bin Azhar, Ikon OKU Masjid Bandaraya 2023 dan YBrs. Puan Liayana binti Alpha, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah. Turut disediakan bagi menyantuni para peserta di kalangan OKU ialah Juru Bahasa Isyarat (JBI) iaitu Puan Noor Afiqah binti Che Mustapa, Penolong Pengarah ILIM dan Puan Darmah binti Abdullah, Guru Politeknik Kota Kinabalu.
 
Semoga segala ilmu, idea dan cadangan dapat diterjemahkan kepada tindakan, demi masa depan yang lebih baik kepada golongan OKU di Malaysia khususnya dan di negeri Sabah khasnya dalam bidang keagamaan.