WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
 
BANGI, 22 Ogos 2025 – Dengan semangat cinta akan tanah air, warga ILIM berhimpun di Dewan Datuk Mohd Shahir bagi menyambut dan melancarkan Program Semarak Bulan Kebangsaan @ ILIM 2025 yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berlangsung dengan penuh semarak dan kebersamaan.
 
Majlis pelancaran disempurnakan dengan gimik istimewa oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal yang menurunkan tandatangan beliau di atas Replika Wau Merdeka, hasil kreativiti dan sentuhan eksklusif Team Cawangan Khidmat Pengurusan ILIM. Wau tersebut melambangkan warisan budaya dan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan warga ILIM.
 
Majlis turut diserikan dengan Tayangan Montaj Semarak Merdeka @ ILIM yang menampilkan kompilasi aktiviti dan wajah-wajah penuh semangat patriotik dalam kalangan warga ILIM.
 
APA YANG MENARIK?
Sambutan Semarak Bulan Kebangsaan @ ILIM tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kreatif dan santai yang menyemai semangat merdeka:
Bola Sepak Berkain Pelikat (Lelaki)
Congkak Berkain Batik Sarong (Wanita)
Deko-Deko Merdeka @Kubikelku
Tayangan Filem Patriotik: Takluk Lahad Datu
Pertandingan Video Kreatif Sajak Merdeka
Pelancaran Program Merdeka ILIM 2025
 
“Ini bukan hanya sambutan simbolik, tetapi satu usaha memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja yang berjiwa MADANI,” kata Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM dalam ucapan perasmian.
Dengan penuh semangat dan kebanggaan, warga ILIM menzahirkan kecintaan mereka kepada negara melalui penyertaan aktif dan sokongan padu terhadap semua inisiatif Merdeka ILIM 2025.
Ayuh kita terus kibarkan Jalur Gemilang dan hayati makna kemerdekaan dengan semangat Malaysia MADANI!