Bangi, 21 Ogos – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Verifikasi Hadith Dalam Tadbir Urus Perkhidmatan Awam kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 32 orang peserta.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 19 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang hadith iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan YBrs. Dr. Fadlan bin Mohd Othman, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras ILIM mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi kefahaman tentang pengaplikasian ilmu takhrij hadith dan kepentingannya dalam tadbir urus perkhidmatan awam serta meningkatkan kesedaran tentang penggunaan hadith yang sahih dalam pembuatan dasar dan keputusan berkaitan dengan perkhidmatan awam.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/




