WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
21 Ogos 2025, Bangi- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Psychelogos Dakwah 2025 selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Ogos 2025, dengan penyertaan seramai 28 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan.
 
Kursus ini menekankan aspek psikologi manusia, pendekatan dakwah berasaskan psikologi, serta pengurusan emosi melalui psikoterapi Islam, selaras dengan keperluan pendakwah masa kini menghadapi cabaran dakwah yang semakin kompleks.
 
Sesi pengisian telah disampaikan oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, seorang kaunselor berpengalaman yang berkongsi ilmu serta kaedah praktikal dalam memahami psikologi mad’u, teknik komunikasi dakwah, dan strategi menjaga kesihatan mental pendakwah.
 
ILIM komited melahirkan pendakwah yang bukan sahaja berilmu, bahkan memiliki daya tahan emosi, spiritual dan psikologi agar mampu menyampaikan risalah Islam dengan penuh hikmah dan berkesan. Semoga kursus ini memberi manfaat besar kepada para peserta dalam memperkukuh dakwah Islamiah di lapangan masyarakat.