BANGI, 21 Ogos 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Bahagian Seksyen Muamalat (PPHEI) telah berjaya menganjurkan Kursus Perancangan Pusaka Islam pada 19 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di Bilik Al-Khawarizmi, Blok Akademik B, ILIM.
Kursus selama tiga hari ini menghimpunkan seramai 37 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi agama seluruh negara. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahitran kepada para peserta mengenai konsep perancangan pusaka Islam yang meliputi faraid, wasiat, hibah, waqaf dan harta sepencarian.
Objektif kursus adalah untuk:
1. Memberi pendedahan mengenai konsep perancangan pusaka Islam secara menyeluruh.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang faraid, wasiat, hibah, waqaf dan harta sepencarian.
3. Menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan harta orang Islam dan membincangkan pendekatan praktikal dalam penyelesaiannya.
Sepanjang kursus, peserta telah mengikuti tujuh slot pembelajaran utama yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, antaranya:
• Slot 1: Taklimat Kursus & Konsep Perancangan Pusaka Islam oleh Ustaz Wan Esma Wan Ahmad & Ustaz Abdul Rahim Kamis.
• Slot 2 & 3: Faraid dalam Pengurusan Pusaka Islam oleh Tuan Amarul Rosli bin Shahrul Aman.
• Slot 4: Wasiat dalam Pengurusan Pusaka Islam oleh Ustaz Ghazali Ibrahim.
• Slot 5: Hibah dalam Pengurusan Pusaka Islam oleh Ustaz Ghazali Ibrahim.
• Slot 6: Bentuk-bentuk Waqaf dalam Perancangan Pusaka Islam oleh Puan Khairunnisa Rasul
• Slot 7: Pengurusan Harta Sepencarian oleh Tuan Mohamad Isa bin Ralip.
Dengan penganjuran kursus ini, ILIM berharap agar para peserta bukan sahaja mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bidang tugasan masing-masing, malah berupaya menjadi pegawai rujukan dalam kalangan masyarakat untuk membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan harta pusaka Islam secara lebih profesional dan sistematik.



