WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 20 Ogos 2025 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Art of Leadership pada 19 hingga 20 Ogos 2025 bertempat di Auditorium al-Syafie, ILIM Kampus Utama, Bangi.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep kepimpinan dari sudut pandangan Islam dan moden, memperkukuh kemahiran kepimpinan organisasi, serta menghayati nilai kepimpinan Islam bagi melahirkan pemimpin berkualiti dan berwibawa.
 
Antara topik utama yang dibincangkan sepanjang kursus termasuk:
 
  • Sejarah Perkembangan Kepimpinan
  • Gaya Kepimpinan Rasulullah SAW
  • Kemahiran Negosiasi & Penyelesaian Konflik
  • Nilai & Etika Kepimpinan dalam Organisasi
 
Kursus ini menampilkan dua orang penceramah berpengalaman dalam bidang kepimpinan Islam, iaitu Tuan Haji Syamsul Amri bin Abdul Razak (Jurulatih Utama, SAbAR Training and Resources) dan Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi (Pengarah Urusan, Tadabbur Centre Sdn. Bhd.), dengan pendekatan interaktif melalui ceramah, perbincangan dan perkongsian pengalaman.
 
Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus ini, merangkumi pelbagai skim dan gred daripada JAKIM, JAIN, MAIN, agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta beberapa agensi lain.
 
Diharapkan penganjuran kursus ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk mengamalkan kepimpinan berintegriti, berketerampilan dan selaras dengan prinsip Islam dalam organisasi serta kehidupan seharian.