WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 11 Ogos 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Kaunseling Syarie dan Pengurusan Runding Cara Kekeluargaan Islam (Modul Tahap Pertengahan 1) bermula 11 hingga 14 Ogos 2025 di Kampus Utama ILIM, Bangi. Kursus ini disertai oleh pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam dari pelbagai agensi agama di peringkat Persekutuan dan negeri.
 
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai Hal Ehwal Islam, khususnya mereka yang terlibat dalam pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam dan khidmat nasihat di agensi-agensi agama.
 
Sepanjang empat hari penganjuran, peserta telah didedahkan dengan pelbagai tajuk yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, antaranya:
  • ​​Prof. (B) Dr. Zainab binti Ismail, Kaunselor Berdaftar – Aplikasi Prinsip Usul Fiqh Dalam Kaunseling Syar’ie
  • Dr. Alyasak bin Berhan (JHEAINS) – Pembubaran Perkahwinan (Furaq Al-Ziwaj)
  • ​Encik Muhammad Fadli bin Ahmat (JAKIM) – Teknik-Teknik Dalam Kaunseling
  • Encik Azhar bin Tuarno (ILIM) – Daurah (Kitaran) Hidup Keluarga Muslim
  • Tuan Haji Norazman bin Amat (MAINS) – Pelaksanaan Kaunseling Syar’ie
  • ​Pn. Noorul Aina binti Bahari (JKSM) – Pembubaran Perkahwinan Menurut Undang-Undang Keluarga Islam
  • ​Pn. Azlina binti Soaed (JAKIM) – Pengurusan Kes-Kes Kekeluargaan Yang Dipanjangkan Ke Mahkamah dan Nusyuz dan Syiqaq Dalam Perkahwinan
Kursus ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu dan kemahiran, malah menjadi platform untuk membina rangkaian profesional dalam bidang kaunseling syarie di seluruh negara. Kursus ini diharapkan agar peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi di sepanjang kursus ini dengan mengaplikasikannya secara berkesan di tempat kerja masing-masing serta menjadi agen perubahan yang mampu menangani isu-isu kekeluargaan secara profesional, penuh hikmah dan berlandaskan syariah demi memperkukuh institusi keluarga Islam dan kesejahteraan masyarakat.