Bangi, 31 Julai - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pemahaman Sains dan Teknologi Makanan Halal Malaysia bermula pada 29 hingga 31 Julai 2025 di Bilik Al Khawarizmi Aras 1 , Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan penjawat awam , Jabatan Agama Islam Negeri-negeri , dan lPTA.
Pelaksanaan kursus ini berobjektifkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip teknologi makanan menurut syariat serta meningkatkan kefahaman mengenai pengeluaran makanan halal dan toyyib berdasarkan teknologi pemprosesan makanan terkini.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini dikendalikan oleh Dr.Lokman Ab Rahman, Dr. Zainal Samicho, Puan Rabia’atuladabiah binti Hashim, Puan Norazlinda binti Zainal Abidin, Puan Nor Nabihah binti Abd Rahman, Puan Norazlina binti Ali dan Puan Nurul Akmalliza binti Kamarulzaman .
Antara perkara-perkara yang telah diberi penekanan ialah Konsep Makanan Menurut Syariah, Teknologi Makanan , Ramuan Makanan , Pembungkusan dan Pelabelan Makanan, Maklumat Pemakanan dan Akuan, Aditif Makanan, Analisis Makanan Halal serta Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
Semoga kursus yang telah dijalankan ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai prinsip teknologi makanan dan sistem pengeluaran halal berdasarkan teknologi terkini.



