WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Alhamdulillah, Kursus Street Daie anjuran Program Pembangunan Insan (PPI), ILIM telah berjaya menghimpunkan seramai 35 peserta bagi memperkasa misi dakwah lapangan yang lebih menyeluruh.
 
Sepanjang 3 hari kursus, peserta didedahkan dengan teknik dan pendekatan dakwah semasa, termasuk penggunaan kaedah ASARA PK yang memberi penekanan kepada pendekatan berhemah, berstrategi dan menyentuh hati.
 Kemuncak program: Aktiviti Street Dakwah di Metro Point Kajang yang menyaksikan interaksi langsung bersama masyarakat pelbagai latar.
 
 Alhamdulillah, dua individu bukan Islam telah mengucapkan syahadah.
 
Penyampaian penuh hikmah oleh Tuan Haji Noli Hussin dari Hidayah Centre Foundation memberi inspirasi dan keberanian kepada para peserta untuk terus menjadi agen perubahan melalui dakwah bersemuka.
Kursus ini bukan sekadar teori – ia adalah pengalaman dakwah sebenar yang membuka hati, mengukuhkan iman dan menyemai kasih sayang antara sesama insan.