WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 24 Julai 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah berjaya menganjurkan program Diskusi Pasaran Modal Islam yang berlangsung pada 24 Julai 2025 bersamaan 28 Muharam 1447H bertempat di Auditorium Al-Ghazali, Blok Akademik A, ILIM Bangi. Program ini diadakan Diskusi ini berobjektif untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan menguasai pasaran modal Islam.
 
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi, disusuli dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan tayangan montaj.
 
Diskusi dimulakan dengan Sesi 1 bertajuk “Pasaran Modal Islam Dalam Pembangunan Sosial Ekonomi” yang disampaikan oleh Tuan Ezry Fahmy, Ketua Tadbir Urus Syariah, Institut Kewangan Islam. Beliau menekankan peranan penting pasaran modal Islam dalam menyumbang kepada pembangunan sosial yang seimbang dan mampan. Dapat difahami bahawa Pasaran modal ialah pasaran kewangan di mana individu, syarikat, dan kerajaan mengumpul dana jangka panjang dengan mengeluarkan sekuriti seperti saham (ekuiti) dan bon (instrumen hutang). Ia berfungsi sebagai platform untuk pembeli dan penjual berdagang aset kewangan, memudahkan peruntukan modal daripada pelabur kepada entiti yang memerlukan dana untuk pertumbuhan, projek atau operasi.
 
Sesi diteruskan dengan Sesi 2 bertajuk “Peluang dan Ancaman Dalam Pasaran Modal Islam” oleh Puan Zureena Mohaned, Timbalan Pengurus Besar,Pasaran Modal Islam-Produk, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC). Pembentangan ini mengupas potensi pertumbuhan serta cabaran utama dalam memastikan kelestarian pasaran modal Islam yang kompetitif dan patuh Syariah. Malaysia adalah salah satu pemain utama dalam kemampanan ruang…Terbitan Sukuk SRI, Sukuk SRI tertunggak, Dana SRI, Dana Wakaf,, SC juga meneraju rangka Kerja Tadbir Urus Syariah daripada Pengawal Selia kepada Industri. Regulatory Level : National Shariah Advisory Council (SAC). Juga memainkan peranan sebagai Majlis Penasihat Syariah (MPS).
 
MPS telah menjalankan tugas dengan fungsi-fungsi berikut :
• Memastikan penggunaan prinsip Syariah dalam apa jua perkara berkaitan dengan perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam;
• Mengeluarkan ketetapan mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan modal Islam perniagaan atau transaksi pasaran;
• Menasihati Suruhanjaya mengenai sebarang isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam;dan
• Memberi nasihat kepada mana-mana orang tentang sebarang isu Syariah berkaitan dengan perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam;
 
Sesi 3 menyaksikan pembentangan bertajuk “Inovasi Produk Dana Dagangan Bursa (Waqf ETF) Pertama di Dunia” oleh Puan Nur Syaffina Binti Ab Rahim, Pengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan, Yayasan Waqaf Malaysia. Beliau telah berkongsi inisiatif inovatif dalam menggabungkan instrumen waqaf dengan produk pelaburan moden yang memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi ummah.
 
Majlis diakhiri pada jam 1.00 tengah hari dengan sesi penutup, fotografi dan jamuan makan tengah hari. Program ini telah berjaya menghimpunkan 153 orang para pegawai, penyelidik dan pelaksana dasar dalam suasana ilmiah yang memperkukuh kefahaman serta komitmen terhadap pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia.