Bangi, 24 Julai -Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan al-Hadith) telah mengadakan Kursus Pengintegrasian Hadith Dalam Kelestarian Alam kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/Jabatan/Kementerian, Pegawai JAKIM/JAIN/MAIN dan Pegawai di Agensi/ Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 41 orang peserta.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 22 hingga 24 Julai 2025 bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini menampilkan penceramah undangan yang berkepakaran dalam bidang hadis iaitu YBrs. Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi bin Azmi, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBrs. Dr. Mohd Khafidz bin Soroni, Ketua Unit Hadis dan Penyelidikan, Universiti Islam Selangor (UIS) dan YBrs. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai peranan hadis sebagai sumber hukum dalam isu-isu yang berkaitan khususnya dalam pengurusan sumber alam disamping meningkatkan keyakinan untuk berinteraksi dengan hadis hukum dengan cara yang betul serta mengaplikasikannya.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras ILIM mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya serta dapat menjadi pencetus paradigma dan semangat kepada peserta dalam meningkatkan mutu kerja selaku penjawat awam seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ummah dan negara.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut : https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan : https://itis.islam.gov.my/




