WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 17 Julai 2025 - ILIM Kampus Utama Bangi - 17hb Julai 2025. Kursus Get To Know Undang-undang Syariah yang dilaksanakan bermula pada 15hb hingga 17hb Julai 2025 telah melabuhkan tirainya. Seramai 54 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Para peserta adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, KAGAT, kementerian dan jabatan.
 
Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perundangan syariah serta memantapkan kefahaman berkaitan pemakaian undang-undang syariah di Malaysia.
 
Penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan telah dijemput bagi mengisi slot kursus tersebut adalah Tuan Mohd Ridzwan bin Ghazali, Pengarah Bahagian Dasar Dan Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari Ketua Seksyen Rayuan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir selaku Pegawai Sulh Kanan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kandungan kursus merangkumi sesi ceramah, perbincangan kumpulan dan latihan praktikal berbentuk simulasi kes sebenar. Sesi latihan dalam kumpulan membolehkan peserta berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan. Semua peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus berlangsung.
 
ILIM meletakkan harapan agar melalui kursus ini para peserta dapat menjadi ‘duta kecil’ untuk menyebarkan maklumat yang tepat mengenai undang- undang syariah kepada masyarakat sekeliling dan lebih cakna serta memahami peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada yang terpakai di Malaysia.