WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 22 Mei 2025 - Kursus Daie Force Media Sosial anjuran ILIM yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 hingga 22 Mei 2025, berjaya menghimpunkan 34 penjawat awam dari pelbagai agensi Hal Ehwal Islam di bawah YB Menteri, termasuk JAKIM, JAIN, MAIN dan agensi lain.
 
Bertempat di ILIM Bangi, para peserta diberi pendedahan intensif tentang dunia dakwah digital – daripada penghasilan e-poster dakwah, rakaman video, penyuntingan kandungan, hingga strategi penyebaran konten di platform media sosial. Kursus ini juga menyentuh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan bahan dakwah yang lebih kreatif dan berkesan.
 
Kursus dikendalikan oleh penceramah utama, Encik Muhammad Thoriq Dato' Haji Muhammad bersama 5 orang fasilitator berpengalaman dari Synchronetwork Sdn. Bhd., yang membimbing peserta melalui sesi praktikal dan interaktif sepanjang program.
 
Antara momen menarik, peserta berjaya menghasilkan konten dakwah sebenar dalam masa singkat, dengan hasil suntingan dan kreativiti yang membanggakan – membuktikan bahawa dakwah kini bukan sekadar berkata-kata, tetapi menyentuh hati melalui skrin kecil.
 
Tahniah kepada semua peserta yang kini bersedia menjadi 'siber-daie' profesional — membawa mesej Islam dengan gaya kontemporari dan penuh hikmah.
 
Teruskan berkarya untuk ummah.