Bangi, 22 Mei – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Art Of Tadabbur al-Quran kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 76 orang peserta. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 20 hingga 22 Mei 2025 bertempat di Auditorium Al-Syafie, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan), YBrs. Dr. Norazman bin Alias (USIM), YBrs. Dr. Mohamad Redha bin Mohamad (UTM) dan YBrs. Tuan Syahmi Syazeril bin Azmi ( CEO Tadabbur Centre ).
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras ILIM mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi pengetahuan tentang teknik penyampaian tadabbur al-Quran secara interaktif dan menarik seterusnya membina kemahiran dan keyakinan peserta dalam menyampaikannya dengan mengaplikasikan teknik yang efektif serta dapat memperkenalkan dimensi baharu dalam aspek penyampaian tadabbur al-Quran kepada para peserta.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/




