WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 8 Mei 2025 - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Auditor Pemeriksaan Loji Sembelihan Luar Negara pada 6 hingga 8 Mei 2025 bertempat di Bilik al-Khawarizmi , ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini disertai oleh seramai 37 peserta yang terdiri daripada pegawai di skim Hal Ehwal Islam dan Pegawai Teknologi Makanan.
 
Objektif kursus yang diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta mengenai konsep pengurusan dan prosedur pensijilan halal Malaysia luar negara. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijayakan oleh Encik Mohd Amri bin Abdullah dari MyHAC JAKIM, Dr.Mohd Razli bin Abdul Razak dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya, Encik Mohamad Samir bin Sulaiman dari Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Dr. Johari bin Ab. Latiff dari Sekreteriat Majlis Halal Malaysia JAKIM.
 
Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan keperluan halal Malaysia bagi rumah sembelihan dan loji pemprosesan produk berasaskan haiwan dan juga prosedur badan pensijilan halal luar negara.
 
ILIM mengharapkan agar kursus yang dikendalikan dapat berupaya memberi manafaat dan impak yang positif kepada peserta dan masyarakat keseluruhan.