WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 6 Mei 2025 – Kursus High Impact Presentation Skill for Islamic Trainer telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan oleh seramai 30 orang perunding latihan dan tenaga pengajar Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kursus ini berlangsung pada 5 hingga 6 Mei 2025 di Bilik Kuliah Al-Bukhari, Blok Akademik B, ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Kursus anjuran Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI), ILIM ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian berkesan dalam kalangan perunding latihan ILIM. Kursus ini memberi penekanan kepada aspek penampilan profesional, kawalan vokal, penyediaan slaid menarik, pengendalian audiens serta teknik seni bicara yang mampu memukau pendengar.
 
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang jurulatih yang berpengalaman luas iaitu Puan Norfazidah binti Abd. Samad dari Seni Imej Training & Consultant dan Encik Azmi Shahrin bin Abdul Rahim dari Triple A Training.
 
Antara slot pengisian menarik kursus ini termasuk Kuasa First Impression dan Ketrampilan Diri, Teknik Seni Bicara, Pengaruh Warna dan Gaya Personaliti dalam Pembentangan, Teknik Vokal yang Mantap dan Berpengaruh, Powerful Slide Presentation dan Teknik Menangani Audiens dan Soalan Spontan Secara Efektif.
 
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai teknik praktikal melalui sesi interaktif, latihan individu dan berkumpulan. Antara yang menarik perhatian ialah simulasi pembentangan sebenar yang disusuli dengan aktiviti penilaian oleh rakan peserta dan maklum balas membina daripada jurulatih. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran penyampaian, malah meningkatkan keyakinan serta kesedaran kendiri peserta dalam menambah baik gaya komunikasi, penampilan dan teknik pembentangan agar tampil lebih profesional, berkeyakinan dan berkarisma.