WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 24 APRIL - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Kursus Pengurusan Sembelihan Teknologi Terkini pada 22 hingga 24 April 2025 bertempat di Auditorium Al Syafie, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh seramai 120 peserta yang terdiri daripada penjawat awam daripada pelbagai Skim dan Gred.
 
Objektif kursus yang diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta dalam mengurus dan mengendalikan urusan penyembelihan haiwan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijayakan oleh Dr.Lokman Ab.Rahman, Ustaz Shamsul Bahari bin Dahalan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam JAKIM ,Ustaz Abd Fatah bin Yusof dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Polis Diraja Malaysia.
 
Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan Konsep Penyembelihan Dalam Islam dan Sains, Standard MS 1500:2009 : Garis Panduan Jabatan Standard Malaysia (DSM) untuk Pengurusan Makanan Halal di Malaysia, Isu Semasa Berkaitan Penyembelihan dan Garis Panduan Korban serta juga aktiviti praktikal penyembelihan tiga ekor kambing dan juga ayam.
 
ILIM mengharapkan agar kursus yang dikendalikan berupaya memberi manfaat dan impak yang positif kepada peserta dan masyarakat keseluruhan.