Besut, 24 April – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dan ILIM Kampus Besut telah berjaya melaksanakan Kerjasama Strategik dalam penganjuran Kursus Literasi Al-Quran kepada para pegawai perkhidmatan Awam dari pelbagai agensi seperti JAKIM/JAIN/MAIN/ATM (PARA & TUDM), KEMAS/PDRM/BOMBA dan lain-lain.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 22 hingga 24 April 2025 bertempat di Dewan Seminar Al-Ghazali, Blok Akademik, ILIM Kampus Besut. Bilangan peserta yang mengikuti kursus ini adalah seramai 57 orang.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Dr. Amru Alhaz bin Adnan (Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya) dan Ustaz Muhammad Anwar bin Abdullah (Pensyarah Akademik Hifzul Quran Kolej Matrikulasi Kelantan).
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah Program Teras ILIM mewakili Pengarah Kanan ILIM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk meningkatkan kompetensi peserta dalam penguasaan ilmu pembacaan Al-Qur’an yang betul menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim serta memberi kemahiran kaedah memperbaiki dan memperelokkan bacaan al-Quran secara sistematik serta menjadi penyuntik semangat peserta untuk terus meneroka ilmu tersebut dengan lebih mendalam lagi.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/




