WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 12 Mac 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam telah menganjurkan Program Sahsiah Rabbani yang bertujuan memperkasa karakter penjawat awam dan masyarakat umum.
 
Program ini berlangsung di Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM Kampus Utama Bangi pada hari ini, Rabu 12 Mac 2025, dengan penyertaan seramai 160 peserta secara fizikal dan 270 orang secara dalam talian.
Pogram yang diadakan secara hybrid ini menampilkan ceramah berfokuskan pembinaan akhlak mulia dan pembangunan karakter unggul melalui surah Yusuf.
 
Penceramah jemputan, YBrs Encik Syahmi Syazeril bin Azmi, Senior Trainer Paradigma Ibrah Sdn Bhd, memberi penerangan mendalam mengenai nilai-nilai yang terkandung dalam surah Yusuf dan bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dalam kerjaya sebagai penjawat awam.
 
Program ini diharap dapat menjadi landasan untuk memperkukuhkan integriti, etika, dan akhlak mulia dalam kalangan penjawat awam, sekaligus membentuk peribadi unggul yang mencerminkan sifat-sifat kepimpinan yang terbaik.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada semua peserta dan meningkatkan komitmen mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.