WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 4 Mac 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Multimedia Universiti (MMU) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang multimedia dan teknologi maklumat.
 
Lawatan ini membuka peluang baharu bagi kedua-dua institusi untuk meneroka integrasi teknologi maklumat dalam latihan sejajar dengan keperluan era digital.
 
Delegasi MMU yang diketuai oleh Dr Tengku Putri Norishah Tengku Shariman, Pengarah Life Long Learning Centre, MMU disambut mesra oleh Puan Norhayati binti Jaffri Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM bersama barisan pengurusan ILIM.
 
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai inisiatif, termasuk penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran, pembangunan kursus serta kerjasama kepakaran tenaga pengajar.
 
Kerjasama ini diharapkan berupaya memacu transformasi latihan ke arah lebih dinamik dan relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa.