ILIM Bangi, 28 Februari 2025. Kursus Pemahaman Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang dilaksanakan bermula pada 26 hingga 28 Februari 2025 telah pun melabuhkan tirainya.
Seramai 47 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut dengan jayanya. Para peserta adalah dari kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri di Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Seramai 2 orang penceramah iaitu Tuan Shafezan bin Rusli dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dan Tuan Atras bin Mohd Zin dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka telah mengendalikan slot kursus ini.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia. Kandungan kursus merangkumi sesi ceramah, perbincangan kumpulan dan latihan praktikal berbentuk simulasi kes sebenar. Sesi latihan dalam kumpulan membolehkan peserta berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
Harapan ILIM agar kursus ini dapat memberi manfaat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam mengaplikasikan pemakaian Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah semasa menjalankan tugasan mereka agar lebih efisien dan cemerlang.



