WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 19 Februari 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, JAKIM melalui Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) telah menganjurkan Al-Quran Sphere; Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran 1.0 dengan jayanya selama dua hari satu malam, bermula 18 hingga 19 Februari 2025 di Bilik Kuliah Yusuf al-Qaradawi, ILIM Lahad Datu.

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan asas pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran menurut kaedah dan riwayat yang tidak asing di Malaysia, iaitu riwayat Hafs ‘an ‘Asim. Dengan penekanan tersebut, kualiti bacaan al-Quran dapat diperkasakan selaras dengan asas-asas tajwid, asas sebutan dan makhraj huruf dan selainnya yang turut diterapkan dalam kursus ini.

Dua orang penceramah yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi telah diundang khas sebagai tenaga pengajar sepanjang berlangsungnya kursus ini. Mereka adalah Ustaz Wan Azmi bin Wan Omar al-Hafiz; Pensyarah di IPG Kampus Tawau dan Ustaz Jinirol bin Bensali daripada Pejabat KEMAS Daerah Lahad Datu.

Secara keseluruhannya, para peserta memberikan respons dan maklum balas yang sangat positif sepanjang berlangsungnya kursus ini. Tiada apa yang diharapkan melainkan kursus yang dianjurkan ini memberikan manfaat dan kebaikan yang besar buat para peserta, seterusnya menjadi bekal ilmu dan kemahiran dalam mengurus dan memperkasakan tugas serta perkhidmatan.