WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 28 Januari 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Human Resource Development Corporation (HRDC) berganding bahu dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Program Kerjasama ILIM & HRDC 2025.

 Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM, ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi ILIM serta pegawai kanan HRDC, termasuk Encik Muhammad Safwan Ramlan, Encik Muhammad Rahmat bin MD Ahayar, Encik Soffian Amin, dan Puan Siti Aishah binti Othman.

 𝟒 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀:

  • Menempa sinergi antara ILIM & HRDC untuk memperkasa latihan dan pembangunan modal insan.
  • Memantapkan hubungan antara institusi bagi membina ekosistem latihan yang lebih berkesan.
  • Mengukuhkan peranan ILIM & HRDC sebagai peneraju pembangunan modal insan negara.
  • Merangka program latihan yang lebih inovatif, holistik & dinamik.

 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍

Mesyuarat ini turut membincangkan strategi pelaksanaan program, skop kerjasama, serta pengiktirafan perunding latihan Islam.

Dengan kombinasi kepakaran ILIM dan HRDC, inisiatif ini bakal membawa impak besar dalam meningkatkan kecekapan organisasi, memperkasa tenaga kerja, dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat secara menyeluruh.

 ILIM & HRDC – Bersama Membina Modal Insan Cemerlang.