WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
KUALA LUMPUR, 4 Disember 2024 - Jalinan Mahabbah berpaksikan dakwah buat ummah telah menjadikan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) sebagai rakan kolabarasi yang seiring dan seia sekata serta terus bersepakat menjalin kolaborasi antara kedua belah pihak. Atas hasrat itu, maka hari ini telah berlangsungnya sesi Kunjungan Hormat Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal kepada Ketua Pengarah KAGAT. Kunjungan Hormat Pengarah Kanan ILIM diiringi bersama deligasi ILIM seramai 6 orang bertempat di Jabatan Arah KAGAT. Kunjungan Hormat ini merupakan sesi kunjungan balas Ketua Pengarah KAGAT ke ILIM pada 21 Februari 2024 tempoh hari.
 
Ketibaan delegasi ILIM telah disambut oleh para Pegawai Kanan KAGAT dan seterusnya bertandang tamu di Pejabat Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai. Seusai pertemuan itu, Pengarah Kanan ILIM telah menandatangani buku lawatan sebagai tanda telah berlangsungnya sebuah kunjungan hormat yang sungguh diraikan ini dan acara bergambar bersama kepimpinan tertinggi.
Seterusnya delegasi telah dibawa ke Bilik Mesyuarat, Jabatan Arah KAGAT bagi sesi Tayangan Video Korporat dan Taklimat yang disampaikan oleh Lt Kol Abdul Jabar bin Yusof, Ketua Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Arah KAGAT. Turut diadakan sesi perbincangan bersama sebagai platform untuk berkongsi maklumat, memperluas ruang kerjasama berhubung penganjuran kursus-kursus serta mendapatkan solusi ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan sektor awam di antara kedua jabatan.
 
Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cindur kenangan sebagai tanda ingatan erat yang telah terjalin. Jamuan makan tengah hari telah mengakhiri program kunjungan hormat ini yang telah diadakan bertempat di Bilik Rehat Jabatan Arah KAGAT.
 
Semoga hubungan baik antara kedua jabatan ini terus utuh berpadu demi memperkasakan dakwah Islamiah dan saling berganding bahu dalam melahirkan modal insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi di kalangan warga ATM dan awam.