Bangi, 03 Disember 2024 – YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, JAKIM telah mengadakan Sesi Walkabout bersama warga ILIM di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi pagi ini. Sesi ini bertujuan untuk mempererat hubungan antara pihak pengurusan dan warga serta memberi peluang kepada semua warga ILIM beramah mesra bersama beliau.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada warga untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan menyumbang kepada visi ILIM sebagai Peneraju Pembelajaran dalam Bidang Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia.
Dalam ucapan ringkasnya, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib menegaskan bahawa kecemerlangan ILIM bergantung kepada kerjasama semua pihak dalam menyediakan perkhidmatan latihan yang berkualiti dan relevan dengan kehendak semasa. Beliau juga mengingatkan agar setiap individu di ILIM terus berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam usaha membangunkan modal insan yang lebih berdaya saing.
Dengan langkah proaktif ini, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib berharap ILIM akan terus maju dan memberi impak positif dalam menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.
Hadir sama dalam sesi ini Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama Pengurusan Kanan ILIM.